FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Saturday, September 28, 2013

Penantian

Perniagaan yang terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Namun masih mengikuti program program yang disarankan. Semangat berkobar kobar untuk terus maju dengan cepat masih ada. Tapi ia terpaksa dilimitkan atas sebab sebab yang tertentu.

Bagaimana mereka berjaya dengan cepat ya? Adakah ada rahsia tertentu yang patut kita ikutkan? Masih berehat, tapi jika membeli barangan adalah melalui mereka.

Menerima Takdir dengan Tabah!



Sunday, September 22, 2013

Hari Lahir Tanggal 22 September

Hari ini adalah hari lahir yang ke...?hehehe...Tak sambut apa2 pun...tak raikan apa2...dan tak perlu hadiah apa?...yang paling bermakna adalah Doa agar abah diberikan kesihatan yang terbaik..panjang mahu bercerita kali ini..tapi biarla disambung esok sebab letih sangat baru sampai dari kampung....mahu tidur dibilik yang sudah lama ditinggalkan ni..


 Selamat Malam...



Friday, July 26, 2013

Wanita


Salam ramadhan...Bulan ini adalah bulan baik dan merupakan bulan yang membawa rezeki kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha. Kepada kaum wanita, ramai yang rajin berusaha menambah pendapatan dengan mengambil tempahan membuat biskut raya dan tak lupa juga yang rajin, bekerja keras mengambil tempahan jahitan. Apa apa usaha dengan keazaman dan kerajinan akan membuahkan hasil yang lumayan. Teruskan usaha anda wahai wanita.

 Perniagaan 'lubuk emas' ini sememangnya sangat bagus untuk seorang wanita yang mempunyai ciri ciri RAJIN tadi. Kenapa saya selalu katakan perniagaan 'lubuk emas'?...Nak tahu kan? Kerana perniagaan ini sangat sangat dan sangat BERNILAI TINGGI. Mana nak cari lagi perniagaan yang punya pencen? Carilah...cuba cari satu perniagaan yang ada pencen yang boleh diwariskan apabila anda meninggal dunia. Bak kata Dato' Zul, "you kerjalah....kerja dan kerja dalam perniagaan you sampai pencen pun you tak boleh pencen." When work stop, income stop.


Tajuk kali ini WANITA bukan sahaja perniagaan untuk wanita semata mata. Tetapi ia sangat sesuai untuk wanita sebagai satu persediaan di hari usia meningkat nanti. Bagi kaum wanita dan isteri yang tidak bekerja. Anda ada perasaan untuk pakai pakaian cantik? Ada keinginan mahu bertukar tukar tudung? Dapat kasut baru? handbag yang tahan dan berjenama? Apa lagi?..Pendek kata duit untuk bershopping kan? Bila kita dapat shopping, ia dapat menggembirakan hati dan secara tidak langsung dapat hilangkan stress. Menjadi surirumah dengan kesibukkan menjalankan kerja2 rumah sendirian, karenah anak anak...sangat penat. Kerja yang tiada cuti dan bergaji. Kalau ambil maid kena bagi gaji. Kalau anda sendiri surirumah...ada suami bagi gaji? Elaun? Berapa ramai yang dapat duit bulan2 yang boleh digunakan untuk shopping atau untuk diri sendiri. Paling kurang pun duit untuk beli keperluan dapur dan perbelanjaan anak sekolah kan? Kalau ada surirumah yang dapat Elaun tu, alhamdulillah...maksudnya suami perihatin dengan penat dan pengorbanan seorang isteri.

Wanita yang memegang title sebagai isteri dan merangkap surirumah sebenarnya satu pekerjaan. Kalau maid pandai bagi gaji, tapi kalau isteri sendiri melakukan kerja2 rumah kenapa tidak dibayar? Memang tugas sebagai suri di rumah merupakan sudah menjadi satu tanggungjawab...tapi apalah salahnya diberikan duit oleh suami kepada kaum wanita seperti ini untuk perbelanjaan mereka sendiri. Ada sesetengah isteri menjadi surirumah kerana tidak bekerja dan suami tidak mampu untuk membayar pembantu atau kos yang tinggi menghantar anak yang ramai kepada pengasuh.

 Dalam kes inilah, seorang surirumah itu patut mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan sekeluarga disamping membantu suami. Ada yang mengambil upah menjaga anak anak orang lain, ada yang membuat kuih, ada juga yang menjahit. Ini adalah kerja2 basic yang selalu dibuat oleh surirumahtangga. Tapi sampai bila? Pekerjaan ini boleh dilakukan untuk perbelanjaan seharian, tetapi apa yang anda akan dapat bila hari tua? ada pencen? Bila sakit? ada pencen yang menjaga anda? TAK ADA pencen.....

Pencen ada kalau suami meninggal dan pernah bekerja kerajaan.. Itu untuk anda sahaja. Kalau pangkat kecil, pencen pun sudah pastinya kecil. Kalau ibu meninggal, boleh ke pencen ini diwariskan untuk anak cucu pula? pertanyaan saya, Boleh atau tak? anda jawabla sendiri

Sudah pasti ada jawapanya kan? Ada juga, bila wanita diusia 67 tahun...50+ tahun, masih kuat bekerja. Kenapa? Kos hidup makin meningkat. Kalau anak anak bagi pun masih tak cukup. Kos hidup anak anak yang bekeluarga dan hidup dikota besar tak mampu nak bagi kewangan yang banyak kepada ibu dan bapa. Kita tak tahu 20 tahun akan datang bagaimana pula cabaran untuk kita.

 Apa persediaan anda?

See U At The Top!








Wednesday, July 17, 2013

Impian Besar

Impian besar....tajuk kali ini. Kenapa harus ada IMPIAN BESAR dalam hidup? IMPIAN BESAR bukan hanya sekadar sebarangan impian. Bukan boleh dipermainkan oleh diri sendiri. Sekali kita membina impian ini, ia harus dipastikan agar tercapai. Kenapa lahirnya Impian? Perjalanan hidup. Sesuatu perjalanan hidup seseorang menjadi penyebab utama terbinanya impian. Setiap perjalanan hidup seseorang adalah berbeza2. Jadi,IMPIAN akan berbeza antara individu dengan individu yang lain.

Impian saya besar...Besar Impian untuk berjaya dalam perniagaan ini. Kenapa dalam perniagaan ini saja? Jawapannya ialah kerana,sekiranya impian besar dalam perniagaan ini tercapai, maka Impian2 besar lain akan tercapai. Sebab utama, kerana saya tidak bekerja. Sebagai seorang ibu dan bapa....mereka, Ibu dan bapa kita telah dan sangat2 bersusah payah memberi pendidikan kepada kita dan betapa gembiranya riak wajah apabila kita brjaya sehingga ke menara gading.

Impian besar terbina bila trlihat betapa kecewanya mereka apabila kita tidak bekerja. Belajar tinggi2 tapi tidak bekerja. Mereka mahu melihat kejayaan anak bukan sahaja dalam bidang pelajaran, malah dalam bidang kerjaya. Saya tidak bekerja. Malah saya sudah tidak punya Impian untuk berjaya dalam Pekerjaan sejak mengenali Perniagaan Lubuk Emas ini. Saya berImpian Besar untuk membalas jasa mereka. Menghantar ke sekolah dengan motor beralaskan plastik (kerana tiadanya baju hujan). Penat jerih membesarkan anak2 yang ramai. Bekerja, bekerja dan bekerja untuk mencari wang membeli pakaian dan makanan seharian.


Susah...tahu itu satu tanggungjawab. Bukan senang memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Kita pun sudah mengalaminya sendiri. Bezanya, kita punya kewangan yang cukup dan punya keselesaan kini. Tapi sudah cukup ke bilamana kita rasa selesa kini?Tak perlu usaha lebih lagi? Mana boleh! Kita punya tanggungjawab....tanggungjawab untuk membalas jasa mereka. Kini impian bukanya untuk kepentingan sendiri. Ada yang kata dalam Fb....mereka mahu cari kekayaan,kepentingan sendiri seperti mereka akan hidup selama-lamanya.

Kewangan itu penting bukan? Untuk menjalani kehidupan seharian memerlukan wang.Segala-galanya perlukan wang dalam kehidupan kini. Seperti yang disebutkan di atas tadi, Adanya rasa perihatin, tanggungjawab dalam diri ini menyebabkan punya keazaman yang kuat untuk berjaya dalam perniagaan yang bernilai tinggi ini. Impian untuk melangsaikan segala hutang ibu dan bapa, membawa mereka menunaikan haji, membawa mereka melancong dan melihat serta merasai dunia luar. Betapa seronoknya kita apabila dapat melancong ke negara luar. Melihat dari atas kekuasaan Allah...Tapi kita seronok sendirian. Akan lebih gembira apabila dapat membawa kedua ibu dan bapa bersama2.

Yang paling utama juga dapat memberikan wang setiap bulan pada mereka. Tidak perlu mereka bersusah payah lagi seperti dulu. Tapi masih tak mampu lagi...huhuhuk...sedih...saya tak mahu dengar mereka berhutang lagi...tapi masih tak boleh bagi baanyak wang pada mereka. Sekadar sikit2..rm100,rm200...kalau rasa banyak sikit bg rm300...sikitnya hai...Mahu usaha keras untuk langsaikan hutang mereka..




Kami sudah ditemukan jalan untuk menuju kePuncak. Allah ketemukan Kita dengan mereka....Ya Allah....syukurnya....syukur...syukur Alhamdulillah....ada orang yang mahu membantu ketika kita terkapai2 ini.....

Saya tak mahu terlambat....tak mahu trlambat...mahu berjaya cepat...dalam masa yang sama berdoa "Ya Allah...ampunkanla dosa kedua ibu bapa,panjangkanlah umur mereka dan berikan kesihatan yang trbaik agar dapat menikmati, merasai dan mengecapi kejayaan kami bersama2"....Ooohhh....tembok itu sudah pun trbina...lama lagi harus menunggu disamping terpaksa 'berpuasa' dari melakukan perniagaan ini buat sementara waktu.

Bapa terutamanya, selalu sebut2...Adik ipar buat tu tak berjaya2 pun? Saya tanya, siapa dulu yang menceburkan diri dalam perniagaan ini? Saya atau dia? Abah cakap saya. Ya saya sudah sekian lama. Bermula Mac 2003. Saya tahu mana Intan mana kaca. Saya sudah sebati dalam bidang ini, walaupun dulu masa bujang tidak menonjol, tapi masih dalam trek yang sama. Saya makin banyak belajar...kesilapan2 diwaktu usia muda dulu...apa yang tidak dibuat...apa kerja2 yang hanya membuang masa dan tidak mendatangkan hasil...semua sudah faham dan jelas kini.

Apa yang anda fahami?Adakah susahnya perniagaan yang punya value tinggi ini? Sesuatu yang berNILAI Tinggi memang bukan sesenang makan kacang saja. Ia merupakan satu proses pembelajaran. Pembelajaran dari segi pengalaman sangat2 penting. Ilmu yang kita dapat hasil dari pembelajaran melalui pengalaman itula yang harus diguna untuk menjalankan perniagaan ini....Ilmu itulah yang bernilai tinggi. Setelah kita punya ilmu2 ini, ia akan mematangkan anda dalam menguruskan perniagaan. Tidak lupa juga, mesti punya dan pelajari formula untuk berjaya.

Anda akan menjadi seorang pemimpin yang baik sekiranya fahami konsep dan menggunakan ilmu -ilmu itu dalam perjalanan perniagaan ini.Tidak ada perniagaan diluar sana punya konsep seperti ini. Ia lain dari yang lain. Hanya orang yang betul2 memahaminya dan mahu betul2 berjaya akan kekal bertahan dan meneruskan Perniagaan ini.

See U At The Top!!!!

Friday, July 12, 2013

Bertahan

Tajuk utama hari ini adalah BERTAHAN. Sejauh mana ketahanan seseorang dalam menceburi bidang perniagaan ini sangat penting.Siapa yang bertahan sahaja yang akan berjaya. Ia melibatkan satu kesabaran yang sangat tinggi. Dalam perniagaan apa pun di luar sana punyai cabaran dan dugaan yang tersendiri. Kejayaan seseorang individu dalam perniagaan yang diceburi adalah bersandarkan kerajinan dan juga kesabaran dalam menghadapi sebarang bentuk dugaan.

Dalam meniti satu perjalanan perniagaan ini, banyak dugaan yang dihadapi. Suka duka menghadapinya hanya diri sendiri ini saja yang menempuhinya. Setiap rezeki ini datangnya dari Allah. Segala galanya samada satu pertemuan,perpisahan adalah dengan kehendak-Nya.

Teringat kisah dan detik-detik pertemuan dengan seseorang yang memperkenalkan perniagaan ini. Hahaha...sudah dimaklumkan,satu perpisahan dan pertemuan sudah ditentukan. Satu perpisahan yang menyedihkan...kisah cinta duniawi...brakhir...bukan bererti berakhirnya satu kehidupan. Malah, ia adalah satu ketentuan....satu permulaan untuk ditemukan dengan pintu rezeki yang akan membawa perubahan besar dalam kehidupan.

Mahu bersiar2 seorang diri ke Mid Valley....terjumpa dengan seseorang yang memperkenalkan dirinya nani. Sungguh baik orang ini. Teringat kembali kisah2 lama dan

itulah detik pertemuan yang membawa kepada tercebur dalam bidang perniagaan 'lubuk emas' ini. Tapi, kini....nani sudah pun membawa haluannya tersendiri. Dimanakah KETAHANAN nani? Tak ada? Maksudnya dia tak akan berjaya? Itu semua sudah tertulis...mana tahu suatu hari Allah akan membuka pintu hatinya semula.

Kembali kepada kisah diri sendiri, bukan saja dalam percintaan ada dugaan, malah dalam perkahwinan juga. Ingatkan indah saja kehidupan...perjalanan hidup lancar...tapi, akan ada sahaja dugaan yang melanda. Yang sudah tertulis. Dulu tak Faham...kenapa?asyik kenapa sahaja pertanyaan...kenapa tuhan memilih kita untuk menghadapi dugaan luar biasa? Kenapa bukan orang lain?

Allah sayangkan anda...Allah tau apa yang berada dalam hati anda....Allah..hanya Allah sahaja tau DREAM BESAR yang ada dalam hati anda....anda adalah orang yang trpilih. Terpilih untuk mencapai satu kejayaan LUAR BIASA. Kejayaan yang tak semua orang akan dapat. Percayalah!

 Iya! tahu....sudah pun dugaan itu ditempuhi dengan sabar...walaupun trsangat - sangat pahit rasanya. Masih lagi berada dalam trek yang betul...masih lagi memegang kuat perniagaan ini. Kerana...dugaan luar biasa itu kerana Allah mahu dan sudah menentukan bahawa seseorang akan berubah dan mahu mengikuti apa yang anda lakukan. Bukankah anda mahukan dia bersama2 agar brsetuju dan memfokuskan bidang perniagaan ini?

Anda masih lagi BERTAHAN bukan? Tapi....bila satu kejayaan itu akan dicapai? Kenapa masih ada lagi dugaan lain pula dihadapi kini? Ohhhh....banyaknya liku2 hidup harus dihadapi untuk mengejar Impian nan satu ini.

Allah sudah menentukan satu lagi pertemuan yang menunjukkan jalan yang betul untuk Mencapai kejayaan yang sememnagnya sudah sekian lama ditunggu...dan sebenarnya yang sangat2 lama diimpikan. Tapi, ingatkan perjalanan kali ini lancar....malah masih ada tembok yang sengaja dibina agar kami tidak akan capai kejayaan.

Kenapa ada saja yang menhalang?...Menghalang satu pintu rezeki yang sebenarnya sudah ditentukan oleh Allah kepada anda. Adakah anda masih bertahan? Iya! MASIH BERTAHAN. Tidak akan sekali2 mengundur ke belakang. Akan ditempuhi jua tembok besar ini kini.
Kenapa mesti ada golongan sedemikian? Allah sudah menentukan setiap pertemuan dan juga perpisahan....Allah tahu...anda seorang yang berhati cekal...Allah jua tahu...anda seorang yang kuat...perjalanan hidup anda sebelum ini terlalu perit untuk dihadapi. Tapi, anda masih teguh berdiri..dan masih meneruskan perjalanan dengan sabar.

Anda masih boleh melakukannya bersendirian....semakin berani anda....semakin banyak rintangan yang anda tempuhi....semakin kuat dan cekal hati untuk teruskan perniagaan.

Adakah tembok ini akan merosakkan jalan untuk anda menuju kearah kejayaan? Tidak!...Tidak sama sekali......Anda masih boleh brjaya. Dan, sudah anda buktikan pun....semakin banyak pula rezeki yang anda dapat sekarang. Syukur...Syukur Alhamdulillah....masih menunggu...adakah tembok itu akan runtuh dengan sendirinya atau terpaksa dirempuhi juga untuk mendapatkan jalan yang lancar disebalik tembok ini nanti.



Tidak mengapa...dugaan ini terlalu kecil berbanding dugaan sebelum ini...yang merupakan dugaan paling dashyat...DUGAAN LUAR BIASA...yang paling penting, anda masih lagi BERTAHAN dalam menanti dan disamping berusaha untuk terus maju dan mencapai ImPIAN YANG BESAR dihadapan


See U At The TOP!!!!



Tuesday, June 18, 2013

SISTEM

Perniagaan yang berjaya bukan bersandarkan siapakah diri anda. Samada status mahupun jawatan. Kejayaan yang paling utama dalam perniagaan ini adalah berdasarkan sejauh mana sistem yang anda pegang itu dapat membawa perubahan pada diri seseorang. Perubahan dari segi sikap, dan juga kepimpinan yang akan memajukan diri individu.

Sistem punya pelbagai bentuk. Ia sebenarnya direka sendiri oleh mana-mana organisasi mahupun individu. Tapi, sistem mana yang selalu membawa kejayaan dalam perniagaan ini? Sekiranya kita lihat, sesuatu sistem yang sekian lama digunakan, tetapi ia tidak membawa apa -apa keputusan yang baik, atau membawa kejayaan kepada individu yang mengamalkannya, adakah ia masih harus diamalkan atau digunakan?

Namun, sekiranya ia tidak lagi membawa kejayaan kepada mana- mana individu yang mengamalkannya, kenapa masih ada yang tidak mahu mencipta sesuatu sistem baru ataupun membuat kajian terhadap sistem itu yang sememangnya sudah tidak boleh lagi dipakai untuk waktu dan ketika zaman semakin maju dan berubah ini? Sesuatu kelemahan dalam sistem itu patut diambilberat...difikirkan dan patut ditukar. Ini supaya, individu tidak membuang masa yang terlalu lama untuk terus maju dalam perniagaannya.

Sudah semestinya ada satu sistem yang boleh membawa kejayaan. Sistem bagaimanakah itu? Segala- galanya adalah rezeki dari Tuhan Yang Maha Esa. Sekiranya dibuat penilaiaan...dikaji...dan diambilkira dari pelbagai aspek, memang ada sistem yang terbaik dan boleh membawa kejayaan kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Kejayaan akan dicapai sekiranya kita menjadi pengikut setia terhadap sistem ini. Mengikut      sahaja sistem yang sememangnya telah membawa kejayaan. Ini adalah satu Formula ke arah kejayaan. Pembelajaran yang disusuli dengan sikap tanpa putus asa akan membawa kejayaan dalam perniagaan yang merupakan Lubuk Emas ini.


See You At The TOP!!!!

Friday, April 5, 2013

Pengorbanan

Dalam satu perniagaan, pengorbanan amat penting. Pengorbanan dari segi masa yang paling utama. Perniagaan ini terutamanya memerlukan masa yang banyak pada permulaan anda menceburinya. Semakin lama....semakin maju anda....semakin besar wang yang dimiliki...semakin kecil pelaburan masa diperlukan.

Wang dan masa...yes! bila banyak wang...masa makin banyak...seronok bukan? Kebanyakkan...semua orang mahukan ini...mahukan banyak wang dan banyak masa. Tapi, persoalannya, siapa yang sanggup berkorban? bekorbankan masa yang ada hanya buat sementara waktu....untuk mendapatkan ganjaran kewangan yang berlipat ganda? Berbaloi bukan? Hanya dengan pengorbanan masa yang sementara sahaja, dapat mengubah corak hidup dari berada dalam golongan manusia biasa biasa sahaja....kepada golongan manusia yang kaya...kaya dari segi kewangan dan juga masa.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya sudah punya wang yang banyak...dan masa yang terluang? Sudah pastinya bagi kaum Melayu, Islam....punya banyak peluang untuk melakukan amal jariah....inilah yang kita mahukan....Apa lagi yang mahu kita buat sekiranya kita sudah punya segala galanya....Amal jariah bukan menanti hari tua untuk lakukannya....Di waktu usia muda...patut diamalkan...tapi, berapa ramai yang punya peluang sebegini? Sekiranya anda mahukan beramal dari usia muda...peluang dalam perniagaan ini trbuka luas kepada siapa sahaja yang boleh melakukan dan sanggup melakukan pengorbanan dari segi masa dan di masa, waktu SEKARANG.


See U At The Top!


Tuesday, January 1, 2013

'CARING'



CARING...sangat penting dalam membina organisasi anda...Adakah anda mempunyai ciri ciri itu dalam diri? Check yourself.....suatu organisasi perniagaan ini memerlukan seorang pemimpin yang baik dan perihatin terhadap organisasi bawahanya.

Berjaya atau tidak organisasi anda terletak pada diri anda sendiri dalam menguruskan kumpulan. Adakah diri anda punya potensi sebagai seorang pemimpin yang caring?...Sentiasa menjaga dan ya...sebagai seorang yang perihatin?

Dalam organisasi anda...salah seorang mengatakan.." Saya mahu Berjaya, Saya mahu buat" dengan bersungguh2 dan tidak pernah pudar kecekalan dalam dirinya untuk berjaya. Apa yang patut seorang pemimpin yang perihatin lakukan? Sebelum sesuatu terlambat...sebagai seorang pemimpin yang perihatin...u mesti pegang dia kuat2...u jaga dia...sebab orang mahu berjaya seperti ini perlukan u sebagai pemimpin dan contoh yang baik.

Jadi apa perlu buat?u mesti bagi satu 'Hope'....satu pengharapan...contohnya" ok..kami sedang berusaha untuk mencari penyelesaian masalah...dan 'where n how'?...Jangan biarkan seseorang menunggu...dan menunggu....tanpa respon baik daripada u sebagai seorang pemimpin..Jadila sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat terhadap permasalahan...Kalau sekadar mengatakan 'yes..u can do it'..Bagus ayat ini...but How? kepada siapa mahu mereka submit? Di mana mahu mereka bawa kumpulan mereka untuk pelajari selok belok perniagaan ini? Untuk mereka membina jatidiri...membina keyakinan diri?

Bila organisasi u keluar..secara emosional...mereka adalah 'manusia2 sombong'...menuding jari pada orang lain. Macamana orang mahu submit pada u..sekiranya sikap sebegini ada dalam diri?U must learn...banyakkan lagi belajar...The next time you want to lash out, hold your tongue for five minutes, and give yourself a chance to cool down and look at things more rationally.


Believe in others before they believe in you!

Add value to others before they add value to you! A basic truth of life is that people will always move toward anyone who increases them and away from others who devalue them.

Masalah utama dalam kejayaan organisasi itu adalah yang paling utama, KOMUNIKASI...Tetapi, masalah dalam komunikasi ini sebenarnya dapat diselesaikan melalui perhubungan. Contohnya...lagi banyak sesuatu kumpulan itu mengenali antara satu sama lain, mempunyai dan memfokuskan matlamat yang sama, sesuatu masalah komunikasi tidak akan wujud dan dapat diselesaikan dengan mudah.

Yes...yang paling penting..you kenali diri mereka...karektor mana ada dalam diri mereka dan how untuk mengatasi...bukan hanya dengan mengutuk individu di bawah organisasi you. Buku personality plus...penting untuk dibaca dan harus khatam...baru you boleh handle manusia.

Kejayaan akan dicapai oleh anda dalam perniagaan yang mempunyai value tinggi ini...when you berjaya handle people! Manusia (dalam organisasi) punya...pelbagai emosi tapi mempunyai matlamat yang sama.

Seperti yang disebutkan tadi..sesuatu perhubungan memerlukan perhatian disebabkan perhubungan ini boleh mencetuskan konflik. Seseorang yang Hebat dalam satu satu kumpulan mestilah mempunyai sikap pandai menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Memberikan komitmen yang bagus, dan mempunyai komunikasi yang baik dengan semua dalam kumpulan pasukan.

Dia.. Seorang pemimpin yang berjaya sudah semestinya seseorang yang boleh dipercayai dan berdisiplin, sentiasa memperbaiki diri dan juga mempunyai sikap berorientasikan penyelesaian.

Untuk menjadikan seseorang pemimpin itu berjaya, mereka sudah pastinya mempunyai kualiti dan attitude yang bagus. Plbagai situasi dalam berinteraksi akan dihadapi, tapi bila diri you pandai handle Yes! you akan berjaya!

See you at the Top!




Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange