FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Wednesday, July 17, 2013

Impian Besar

Impian besar....tajuk kali ini. Kenapa harus ada IMPIAN BESAR dalam hidup? IMPIAN BESAR bukan hanya sekadar sebarangan impian. Bukan boleh dipermainkan oleh diri sendiri. Sekali kita membina impian ini, ia harus dipastikan agar tercapai. Kenapa lahirnya Impian? Perjalanan hidup. Sesuatu perjalanan hidup seseorang menjadi penyebab utama terbinanya impian. Setiap perjalanan hidup seseorang adalah berbeza2. Jadi,IMPIAN akan berbeza antara individu dengan individu yang lain.

Impian saya besar...Besar Impian untuk berjaya dalam perniagaan ini. Kenapa dalam perniagaan ini saja? Jawapannya ialah kerana,sekiranya impian besar dalam perniagaan ini tercapai, maka Impian2 besar lain akan tercapai. Sebab utama, kerana saya tidak bekerja. Sebagai seorang ibu dan bapa....mereka, Ibu dan bapa kita telah dan sangat2 bersusah payah memberi pendidikan kepada kita dan betapa gembiranya riak wajah apabila kita brjaya sehingga ke menara gading.

Impian besar terbina bila trlihat betapa kecewanya mereka apabila kita tidak bekerja. Belajar tinggi2 tapi tidak bekerja. Mereka mahu melihat kejayaan anak bukan sahaja dalam bidang pelajaran, malah dalam bidang kerjaya. Saya tidak bekerja. Malah saya sudah tidak punya Impian untuk berjaya dalam Pekerjaan sejak mengenali Perniagaan Lubuk Emas ini. Saya berImpian Besar untuk membalas jasa mereka. Menghantar ke sekolah dengan motor beralaskan plastik (kerana tiadanya baju hujan). Penat jerih membesarkan anak2 yang ramai. Bekerja, bekerja dan bekerja untuk mencari wang membeli pakaian dan makanan seharian.


Susah...tahu itu satu tanggungjawab. Bukan senang memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Kita pun sudah mengalaminya sendiri. Bezanya, kita punya kewangan yang cukup dan punya keselesaan kini. Tapi sudah cukup ke bilamana kita rasa selesa kini?Tak perlu usaha lebih lagi? Mana boleh! Kita punya tanggungjawab....tanggungjawab untuk membalas jasa mereka. Kini impian bukanya untuk kepentingan sendiri. Ada yang kata dalam Fb....mereka mahu cari kekayaan,kepentingan sendiri seperti mereka akan hidup selama-lamanya.

Kewangan itu penting bukan? Untuk menjalani kehidupan seharian memerlukan wang.Segala-galanya perlukan wang dalam kehidupan kini. Seperti yang disebutkan di atas tadi, Adanya rasa perihatin, tanggungjawab dalam diri ini menyebabkan punya keazaman yang kuat untuk berjaya dalam perniagaan yang bernilai tinggi ini. Impian untuk melangsaikan segala hutang ibu dan bapa, membawa mereka menunaikan haji, membawa mereka melancong dan melihat serta merasai dunia luar. Betapa seronoknya kita apabila dapat melancong ke negara luar. Melihat dari atas kekuasaan Allah...Tapi kita seronok sendirian. Akan lebih gembira apabila dapat membawa kedua ibu dan bapa bersama2.

Yang paling utama juga dapat memberikan wang setiap bulan pada mereka. Tidak perlu mereka bersusah payah lagi seperti dulu. Tapi masih tak mampu lagi...huhuhuk...sedih...saya tak mahu dengar mereka berhutang lagi...tapi masih tak boleh bagi baanyak wang pada mereka. Sekadar sikit2..rm100,rm200...kalau rasa banyak sikit bg rm300...sikitnya hai...Mahu usaha keras untuk langsaikan hutang mereka..




Kami sudah ditemukan jalan untuk menuju kePuncak. Allah ketemukan Kita dengan mereka....Ya Allah....syukurnya....syukur...syukur Alhamdulillah....ada orang yang mahu membantu ketika kita terkapai2 ini.....

Saya tak mahu terlambat....tak mahu trlambat...mahu berjaya cepat...dalam masa yang sama berdoa "Ya Allah...ampunkanla dosa kedua ibu bapa,panjangkanlah umur mereka dan berikan kesihatan yang trbaik agar dapat menikmati, merasai dan mengecapi kejayaan kami bersama2"....Ooohhh....tembok itu sudah pun trbina...lama lagi harus menunggu disamping terpaksa 'berpuasa' dari melakukan perniagaan ini buat sementara waktu.

Bapa terutamanya, selalu sebut2...Adik ipar buat tu tak berjaya2 pun? Saya tanya, siapa dulu yang menceburkan diri dalam perniagaan ini? Saya atau dia? Abah cakap saya. Ya saya sudah sekian lama. Bermula Mac 2003. Saya tahu mana Intan mana kaca. Saya sudah sebati dalam bidang ini, walaupun dulu masa bujang tidak menonjol, tapi masih dalam trek yang sama. Saya makin banyak belajar...kesilapan2 diwaktu usia muda dulu...apa yang tidak dibuat...apa kerja2 yang hanya membuang masa dan tidak mendatangkan hasil...semua sudah faham dan jelas kini.

Apa yang anda fahami?Adakah susahnya perniagaan yang punya value tinggi ini? Sesuatu yang berNILAI Tinggi memang bukan sesenang makan kacang saja. Ia merupakan satu proses pembelajaran. Pembelajaran dari segi pengalaman sangat2 penting. Ilmu yang kita dapat hasil dari pembelajaran melalui pengalaman itula yang harus diguna untuk menjalankan perniagaan ini....Ilmu itulah yang bernilai tinggi. Setelah kita punya ilmu2 ini, ia akan mematangkan anda dalam menguruskan perniagaan. Tidak lupa juga, mesti punya dan pelajari formula untuk berjaya.

Anda akan menjadi seorang pemimpin yang baik sekiranya fahami konsep dan menggunakan ilmu -ilmu itu dalam perjalanan perniagaan ini.Tidak ada perniagaan diluar sana punya konsep seperti ini. Ia lain dari yang lain. Hanya orang yang betul2 memahaminya dan mahu betul2 berjaya akan kekal bertahan dan meneruskan Perniagaan ini.

See U At The Top!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange