FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Friday, July 26, 2013

Wanita


Salam ramadhan...Bulan ini adalah bulan baik dan merupakan bulan yang membawa rezeki kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha. Kepada kaum wanita, ramai yang rajin berusaha menambah pendapatan dengan mengambil tempahan membuat biskut raya dan tak lupa juga yang rajin, bekerja keras mengambil tempahan jahitan. Apa apa usaha dengan keazaman dan kerajinan akan membuahkan hasil yang lumayan. Teruskan usaha anda wahai wanita.

 Perniagaan 'lubuk emas' ini sememangnya sangat bagus untuk seorang wanita yang mempunyai ciri ciri RAJIN tadi. Kenapa saya selalu katakan perniagaan 'lubuk emas'?...Nak tahu kan? Kerana perniagaan ini sangat sangat dan sangat BERNILAI TINGGI. Mana nak cari lagi perniagaan yang punya pencen? Carilah...cuba cari satu perniagaan yang ada pencen yang boleh diwariskan apabila anda meninggal dunia. Bak kata Dato' Zul, "you kerjalah....kerja dan kerja dalam perniagaan you sampai pencen pun you tak boleh pencen." When work stop, income stop.


Tajuk kali ini WANITA bukan sahaja perniagaan untuk wanita semata mata. Tetapi ia sangat sesuai untuk wanita sebagai satu persediaan di hari usia meningkat nanti. Bagi kaum wanita dan isteri yang tidak bekerja. Anda ada perasaan untuk pakai pakaian cantik? Ada keinginan mahu bertukar tukar tudung? Dapat kasut baru? handbag yang tahan dan berjenama? Apa lagi?..Pendek kata duit untuk bershopping kan? Bila kita dapat shopping, ia dapat menggembirakan hati dan secara tidak langsung dapat hilangkan stress. Menjadi surirumah dengan kesibukkan menjalankan kerja2 rumah sendirian, karenah anak anak...sangat penat. Kerja yang tiada cuti dan bergaji. Kalau ambil maid kena bagi gaji. Kalau anda sendiri surirumah...ada suami bagi gaji? Elaun? Berapa ramai yang dapat duit bulan2 yang boleh digunakan untuk shopping atau untuk diri sendiri. Paling kurang pun duit untuk beli keperluan dapur dan perbelanjaan anak sekolah kan? Kalau ada surirumah yang dapat Elaun tu, alhamdulillah...maksudnya suami perihatin dengan penat dan pengorbanan seorang isteri.

Wanita yang memegang title sebagai isteri dan merangkap surirumah sebenarnya satu pekerjaan. Kalau maid pandai bagi gaji, tapi kalau isteri sendiri melakukan kerja2 rumah kenapa tidak dibayar? Memang tugas sebagai suri di rumah merupakan sudah menjadi satu tanggungjawab...tapi apalah salahnya diberikan duit oleh suami kepada kaum wanita seperti ini untuk perbelanjaan mereka sendiri. Ada sesetengah isteri menjadi surirumah kerana tidak bekerja dan suami tidak mampu untuk membayar pembantu atau kos yang tinggi menghantar anak yang ramai kepada pengasuh.

 Dalam kes inilah, seorang surirumah itu patut mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan sekeluarga disamping membantu suami. Ada yang mengambil upah menjaga anak anak orang lain, ada yang membuat kuih, ada juga yang menjahit. Ini adalah kerja2 basic yang selalu dibuat oleh surirumahtangga. Tapi sampai bila? Pekerjaan ini boleh dilakukan untuk perbelanjaan seharian, tetapi apa yang anda akan dapat bila hari tua? ada pencen? Bila sakit? ada pencen yang menjaga anda? TAK ADA pencen.....

Pencen ada kalau suami meninggal dan pernah bekerja kerajaan.. Itu untuk anda sahaja. Kalau pangkat kecil, pencen pun sudah pastinya kecil. Kalau ibu meninggal, boleh ke pencen ini diwariskan untuk anak cucu pula? pertanyaan saya, Boleh atau tak? anda jawabla sendiri

Sudah pasti ada jawapanya kan? Ada juga, bila wanita diusia 67 tahun...50+ tahun, masih kuat bekerja. Kenapa? Kos hidup makin meningkat. Kalau anak anak bagi pun masih tak cukup. Kos hidup anak anak yang bekeluarga dan hidup dikota besar tak mampu nak bagi kewangan yang banyak kepada ibu dan bapa. Kita tak tahu 20 tahun akan datang bagaimana pula cabaran untuk kita.

 Apa persediaan anda?

See U At The Top!








No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange