FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Friday, July 12, 2013

Bertahan

Tajuk utama hari ini adalah BERTAHAN. Sejauh mana ketahanan seseorang dalam menceburi bidang perniagaan ini sangat penting.Siapa yang bertahan sahaja yang akan berjaya. Ia melibatkan satu kesabaran yang sangat tinggi. Dalam perniagaan apa pun di luar sana punyai cabaran dan dugaan yang tersendiri. Kejayaan seseorang individu dalam perniagaan yang diceburi adalah bersandarkan kerajinan dan juga kesabaran dalam menghadapi sebarang bentuk dugaan.

Dalam meniti satu perjalanan perniagaan ini, banyak dugaan yang dihadapi. Suka duka menghadapinya hanya diri sendiri ini saja yang menempuhinya. Setiap rezeki ini datangnya dari Allah. Segala galanya samada satu pertemuan,perpisahan adalah dengan kehendak-Nya.

Teringat kisah dan detik-detik pertemuan dengan seseorang yang memperkenalkan perniagaan ini. Hahaha...sudah dimaklumkan,satu perpisahan dan pertemuan sudah ditentukan. Satu perpisahan yang menyedihkan...kisah cinta duniawi...brakhir...bukan bererti berakhirnya satu kehidupan. Malah, ia adalah satu ketentuan....satu permulaan untuk ditemukan dengan pintu rezeki yang akan membawa perubahan besar dalam kehidupan.

Mahu bersiar2 seorang diri ke Mid Valley....terjumpa dengan seseorang yang memperkenalkan dirinya nani. Sungguh baik orang ini. Teringat kembali kisah2 lama dan

itulah detik pertemuan yang membawa kepada tercebur dalam bidang perniagaan 'lubuk emas' ini. Tapi, kini....nani sudah pun membawa haluannya tersendiri. Dimanakah KETAHANAN nani? Tak ada? Maksudnya dia tak akan berjaya? Itu semua sudah tertulis...mana tahu suatu hari Allah akan membuka pintu hatinya semula.

Kembali kepada kisah diri sendiri, bukan saja dalam percintaan ada dugaan, malah dalam perkahwinan juga. Ingatkan indah saja kehidupan...perjalanan hidup lancar...tapi, akan ada sahaja dugaan yang melanda. Yang sudah tertulis. Dulu tak Faham...kenapa?asyik kenapa sahaja pertanyaan...kenapa tuhan memilih kita untuk menghadapi dugaan luar biasa? Kenapa bukan orang lain?

Allah sayangkan anda...Allah tau apa yang berada dalam hati anda....Allah..hanya Allah sahaja tau DREAM BESAR yang ada dalam hati anda....anda adalah orang yang trpilih. Terpilih untuk mencapai satu kejayaan LUAR BIASA. Kejayaan yang tak semua orang akan dapat. Percayalah!

 Iya! tahu....sudah pun dugaan itu ditempuhi dengan sabar...walaupun trsangat - sangat pahit rasanya. Masih lagi berada dalam trek yang betul...masih lagi memegang kuat perniagaan ini. Kerana...dugaan luar biasa itu kerana Allah mahu dan sudah menentukan bahawa seseorang akan berubah dan mahu mengikuti apa yang anda lakukan. Bukankah anda mahukan dia bersama2 agar brsetuju dan memfokuskan bidang perniagaan ini?

Anda masih lagi BERTAHAN bukan? Tapi....bila satu kejayaan itu akan dicapai? Kenapa masih ada lagi dugaan lain pula dihadapi kini? Ohhhh....banyaknya liku2 hidup harus dihadapi untuk mengejar Impian nan satu ini.

Allah sudah menentukan satu lagi pertemuan yang menunjukkan jalan yang betul untuk Mencapai kejayaan yang sememnagnya sudah sekian lama ditunggu...dan sebenarnya yang sangat2 lama diimpikan. Tapi, ingatkan perjalanan kali ini lancar....malah masih ada tembok yang sengaja dibina agar kami tidak akan capai kejayaan.

Kenapa ada saja yang menhalang?...Menghalang satu pintu rezeki yang sebenarnya sudah ditentukan oleh Allah kepada anda. Adakah anda masih bertahan? Iya! MASIH BERTAHAN. Tidak akan sekali2 mengundur ke belakang. Akan ditempuhi jua tembok besar ini kini.
Kenapa mesti ada golongan sedemikian? Allah sudah menentukan setiap pertemuan dan juga perpisahan....Allah tahu...anda seorang yang berhati cekal...Allah jua tahu...anda seorang yang kuat...perjalanan hidup anda sebelum ini terlalu perit untuk dihadapi. Tapi, anda masih teguh berdiri..dan masih meneruskan perjalanan dengan sabar.

Anda masih boleh melakukannya bersendirian....semakin berani anda....semakin banyak rintangan yang anda tempuhi....semakin kuat dan cekal hati untuk teruskan perniagaan.

Adakah tembok ini akan merosakkan jalan untuk anda menuju kearah kejayaan? Tidak!...Tidak sama sekali......Anda masih boleh brjaya. Dan, sudah anda buktikan pun....semakin banyak pula rezeki yang anda dapat sekarang. Syukur...Syukur Alhamdulillah....masih menunggu...adakah tembok itu akan runtuh dengan sendirinya atau terpaksa dirempuhi juga untuk mendapatkan jalan yang lancar disebalik tembok ini nanti.



Tidak mengapa...dugaan ini terlalu kecil berbanding dugaan sebelum ini...yang merupakan dugaan paling dashyat...DUGAAN LUAR BIASA...yang paling penting, anda masih lagi BERTAHAN dalam menanti dan disamping berusaha untuk terus maju dan mencapai ImPIAN YANG BESAR dihadapan


See U At The TOP!!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange