FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Monday, November 10, 2014

Kejujuran dan Keikhlasan

Tajuk utama kali ini KEJUJURAN & KEIKHLASAN !
Dalam perniagaan ini, kejujuran individu dan keikhlasan sebenar dari hati yang suci sangat PENTING!...Ia juga bakal menentukan kejayaan seseorang dalam perniagaan ini. Pelik kan?..Dalam perniagaan luar..tanpa kejujuran dan keikhlasan...kejayaan masih boleh dicapai.

Terdetik untuk menulis kali ini..setelah sekian lama tinggalkan blog ini. Nasi sudah menjadi bubur. Atas dasar mahu sangat cepat naik....mengambil keputusan berpindah kumpulan. Kita sangat mudah terpengaruh dengan kemanisan percakapan....sungguh cepat tertarik hati dengan keperihatinan mereka....akhirnya!!!..NAH betul la anda diibarat Kambing Hitam....

Betul...betul cakap mereka..anda hanya untuk kepentingan peribadi mereka....jika betul perniagaan ini ibarat keluarga ..mesti dibina dengan perhubungan yang akrab...Tapi tidak pada mereka. Hanya untuk kepentingan sendiri.

Kita hanya menyatakan fakta yang betul...kenyataan yang sahih....Tapi...ya Allah..terus mengungkit yang mereka membantu kami selama ini..dan nah ambil balik barang kamu!..sedangkan itu adalah kami punya rangkaian...sepatutnya memang patut mereka mengambil barang dari kami..Ini bermakna mereka dah melangkaui kami yang sponsor rangkaian kami itu...alasannya kerana dia yang approach mereka (rangkaian bawahan kami itu)......Hanya asalnya sy sendiri tidak mahu mengikuti NDT disebabkan tiada yang mahu menjaga anak anak kecil ini. Dia...memberi cadangan bahawa boleh tumpangkan pada Maidnya....

Ohh...tidak..ketika dalam Edah dulu kami digalakkan ke BTC..juga menumpang pada Maidnya yang sebenarnya kami bayar...(bukan minta dijaga free2)...selepas saja BTC..kami mmg mahu ke Majlis kawin...dengan kebaikan dia..kami rasa tak apa...hanya sekejap saja..dan sgt sgt sekejap kami ke kenduri kawin...dengan anak bersama Maid dia, kami ke majlis itu...sekeeejap saja pun...kami sampai..terus makan sebagai syarat dan terus bergegas salam dengan pengantin kerana menerima sms yang mengatakan "cepat sikit balik..muka maid dah lain maca ni"...

Mana kami mahu lama2 kan disebabkan anak duduk menumpang rumah orang....kami pun memang bayar sebenarnya pada Maid dia...bukan minta dijaga free pun...Kes ini yang saya cuba sebut apabila dia mengatakan boleh bayar pada Maid dia untuk jaga anak kalau nak ke NDT nanti. ..Sy hanya sebut..tak apalah kot..kalau boleh tak mahu menyusahkan sesiapa...Ada sy nyatakan.."tak nak la nanti akak sms kata muka maid lain macam dah ni"..seperti masa kami ke BTC dulu...kes inilah yang menjadikan kami tak menghabiskan program BTC dulu.

Esoknya...terus melenting si suami....call sy non stop bercakap...seperti dirasuk dan histeria pula...eee..itula first time saya menerima call yang sebegitu rupa..hanya sy mengatakan perkara betul..bukan mencaci mereka pun...hanya tak mahu menyusahkan sesiapa saja ..itu sahaja pun....
Dari asal kami memang respect pada dia...terusss hiiilang kepercayaan padanya.....Apa ni?..Ini sudah namanya bukan untuk membantu rangkaian bawahan..Ini hanya untuk kepentingan mereka saja...Memang tau mereka terlalu banyak stok yang perlu dihabiskan....

Itula reality...kejayaan yang disebabkan STOK yang berlambak2!!...Itulah yang menjadikan kami makin slow untuk fokus...kerana tidak mahu berjaya disebabkan stok yang menimbun...Ini bukan Kejayaan Sebenar dalam perniagaan ini.

Kekesalan mula timbul....asalnya ..berpindah kumpulan hanya untuk tahu bagaimanakah mereka Melayu kita berjaya dalam perniagaan ini...dalam EDAH pun kami disuruh untuk ke seminar dan program2...Kami ikut...kerana jika mahu berjaya dalam perniagaan ini..kita mesti menjadi pengikut yang Baik...

Betul pula apa yang terjadi..kesudahannya...kami yang asalnya dari group lain terpengaruh kerana percakapan yang manis...bertukar mahu berpindah kepada kumpulan mereka sanggup menunggu edah yang begitu panjang....pengorbanan kami yang setahun lebih itu "nothing"...seperti tidak bermakna apa2.

Betul kah kami ini kalau diistilah sebenarnya "DICURI" dari kumpulan lain?...jika betul..dan Allah mengetahuinya...mungkinkah ini yang mahu ditunjukkan oleh Allah sesuatu yang DICURI itu tidak membawa KEBERKATAN?..

Jika YA...mahu dan terasa sangat sangat untuk berbalik kepada kumpulan yang asal..Teringat kenangan kenangan bersama Arwah yang sangat perihatin terhadap kumpulan mereka...Sentiasa sy berdoa moga Kedua dua Arwah berada dalam golongan orang orang yang BERIMAN!!!...

Kerana mereka memang baik dan menjaga kami bukan sahaja untuk perniagaannya malah juga mendidik kami supaya mengikut sunnah. Teringat saat saat sy kecewa..mereka berduala yang ambil saya dari rumah..bawa ke selera kampung...berbual bual kosong...sambil memberi kata semangat...Itu lah kunci kekuatan sy dalam membina perniagaan ini ketika dulu....

Ia melibatkan kasih sayang...mereka menunjuk ajar kita bukan dari segi membina perniagaan..tapi..perhubungan yang rapat seperti keluarga sendiri...Betul...perniagaan ini mesti berlandaskan kejujuran...juga keikhlasan kita membina perhubungan...bukan semata mata untuk kepentingan diri. Kepentingan untuk naik cepat..Entahla...apa boleh dibuat lagi?




Saturday, September 28, 2013

Penantian

Perniagaan yang terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Namun masih mengikuti program program yang disarankan. Semangat berkobar kobar untuk terus maju dengan cepat masih ada. Tapi ia terpaksa dilimitkan atas sebab sebab yang tertentu.

Bagaimana mereka berjaya dengan cepat ya? Adakah ada rahsia tertentu yang patut kita ikutkan? Masih berehat, tapi jika membeli barangan adalah melalui mereka.

Menerima Takdir dengan Tabah!



Sunday, September 22, 2013

Hari Lahir Tanggal 22 September

Hari ini adalah hari lahir yang ke...?hehehe...Tak sambut apa2 pun...tak raikan apa2...dan tak perlu hadiah apa?...yang paling bermakna adalah Doa agar abah diberikan kesihatan yang terbaik..panjang mahu bercerita kali ini..tapi biarla disambung esok sebab letih sangat baru sampai dari kampung....mahu tidur dibilik yang sudah lama ditinggalkan ni..


 Selamat Malam...



Friday, July 26, 2013

Wanita


Salam ramadhan...Bulan ini adalah bulan baik dan merupakan bulan yang membawa rezeki kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha. Kepada kaum wanita, ramai yang rajin berusaha menambah pendapatan dengan mengambil tempahan membuat biskut raya dan tak lupa juga yang rajin, bekerja keras mengambil tempahan jahitan. Apa apa usaha dengan keazaman dan kerajinan akan membuahkan hasil yang lumayan. Teruskan usaha anda wahai wanita.

 Perniagaan 'lubuk emas' ini sememangnya sangat bagus untuk seorang wanita yang mempunyai ciri ciri RAJIN tadi. Kenapa saya selalu katakan perniagaan 'lubuk emas'?...Nak tahu kan? Kerana perniagaan ini sangat sangat dan sangat BERNILAI TINGGI. Mana nak cari lagi perniagaan yang punya pencen? Carilah...cuba cari satu perniagaan yang ada pencen yang boleh diwariskan apabila anda meninggal dunia. Bak kata Dato' Zul, "you kerjalah....kerja dan kerja dalam perniagaan you sampai pencen pun you tak boleh pencen." When work stop, income stop.


Tajuk kali ini WANITA bukan sahaja perniagaan untuk wanita semata mata. Tetapi ia sangat sesuai untuk wanita sebagai satu persediaan di hari usia meningkat nanti. Bagi kaum wanita dan isteri yang tidak bekerja. Anda ada perasaan untuk pakai pakaian cantik? Ada keinginan mahu bertukar tukar tudung? Dapat kasut baru? handbag yang tahan dan berjenama? Apa lagi?..Pendek kata duit untuk bershopping kan? Bila kita dapat shopping, ia dapat menggembirakan hati dan secara tidak langsung dapat hilangkan stress. Menjadi surirumah dengan kesibukkan menjalankan kerja2 rumah sendirian, karenah anak anak...sangat penat. Kerja yang tiada cuti dan bergaji. Kalau ambil maid kena bagi gaji. Kalau anda sendiri surirumah...ada suami bagi gaji? Elaun? Berapa ramai yang dapat duit bulan2 yang boleh digunakan untuk shopping atau untuk diri sendiri. Paling kurang pun duit untuk beli keperluan dapur dan perbelanjaan anak sekolah kan? Kalau ada surirumah yang dapat Elaun tu, alhamdulillah...maksudnya suami perihatin dengan penat dan pengorbanan seorang isteri.

Wanita yang memegang title sebagai isteri dan merangkap surirumah sebenarnya satu pekerjaan. Kalau maid pandai bagi gaji, tapi kalau isteri sendiri melakukan kerja2 rumah kenapa tidak dibayar? Memang tugas sebagai suri di rumah merupakan sudah menjadi satu tanggungjawab...tapi apalah salahnya diberikan duit oleh suami kepada kaum wanita seperti ini untuk perbelanjaan mereka sendiri. Ada sesetengah isteri menjadi surirumah kerana tidak bekerja dan suami tidak mampu untuk membayar pembantu atau kos yang tinggi menghantar anak yang ramai kepada pengasuh.

 Dalam kes inilah, seorang surirumah itu patut mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan sekeluarga disamping membantu suami. Ada yang mengambil upah menjaga anak anak orang lain, ada yang membuat kuih, ada juga yang menjahit. Ini adalah kerja2 basic yang selalu dibuat oleh surirumahtangga. Tapi sampai bila? Pekerjaan ini boleh dilakukan untuk perbelanjaan seharian, tetapi apa yang anda akan dapat bila hari tua? ada pencen? Bila sakit? ada pencen yang menjaga anda? TAK ADA pencen.....

Pencen ada kalau suami meninggal dan pernah bekerja kerajaan.. Itu untuk anda sahaja. Kalau pangkat kecil, pencen pun sudah pastinya kecil. Kalau ibu meninggal, boleh ke pencen ini diwariskan untuk anak cucu pula? pertanyaan saya, Boleh atau tak? anda jawabla sendiri

Sudah pasti ada jawapanya kan? Ada juga, bila wanita diusia 67 tahun...50+ tahun, masih kuat bekerja. Kenapa? Kos hidup makin meningkat. Kalau anak anak bagi pun masih tak cukup. Kos hidup anak anak yang bekeluarga dan hidup dikota besar tak mampu nak bagi kewangan yang banyak kepada ibu dan bapa. Kita tak tahu 20 tahun akan datang bagaimana pula cabaran untuk kita.

 Apa persediaan anda?

See U At The Top!








Wednesday, July 17, 2013

Impian Besar

Impian besar....tajuk kali ini. Kenapa harus ada IMPIAN BESAR dalam hidup? IMPIAN BESAR bukan hanya sekadar sebarangan impian. Bukan boleh dipermainkan oleh diri sendiri. Sekali kita membina impian ini, ia harus dipastikan agar tercapai. Kenapa lahirnya Impian? Perjalanan hidup. Sesuatu perjalanan hidup seseorang menjadi penyebab utama terbinanya impian. Setiap perjalanan hidup seseorang adalah berbeza2. Jadi,IMPIAN akan berbeza antara individu dengan individu yang lain.

Impian saya besar...Besar Impian untuk berjaya dalam perniagaan ini. Kenapa dalam perniagaan ini saja? Jawapannya ialah kerana,sekiranya impian besar dalam perniagaan ini tercapai, maka Impian2 besar lain akan tercapai. Sebab utama, kerana saya tidak bekerja. Sebagai seorang ibu dan bapa....mereka, Ibu dan bapa kita telah dan sangat2 bersusah payah memberi pendidikan kepada kita dan betapa gembiranya riak wajah apabila kita brjaya sehingga ke menara gading.

Impian besar terbina bila trlihat betapa kecewanya mereka apabila kita tidak bekerja. Belajar tinggi2 tapi tidak bekerja. Mereka mahu melihat kejayaan anak bukan sahaja dalam bidang pelajaran, malah dalam bidang kerjaya. Saya tidak bekerja. Malah saya sudah tidak punya Impian untuk berjaya dalam Pekerjaan sejak mengenali Perniagaan Lubuk Emas ini. Saya berImpian Besar untuk membalas jasa mereka. Menghantar ke sekolah dengan motor beralaskan plastik (kerana tiadanya baju hujan). Penat jerih membesarkan anak2 yang ramai. Bekerja, bekerja dan bekerja untuk mencari wang membeli pakaian dan makanan seharian.


Susah...tahu itu satu tanggungjawab. Bukan senang memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Kita pun sudah mengalaminya sendiri. Bezanya, kita punya kewangan yang cukup dan punya keselesaan kini. Tapi sudah cukup ke bilamana kita rasa selesa kini?Tak perlu usaha lebih lagi? Mana boleh! Kita punya tanggungjawab....tanggungjawab untuk membalas jasa mereka. Kini impian bukanya untuk kepentingan sendiri. Ada yang kata dalam Fb....mereka mahu cari kekayaan,kepentingan sendiri seperti mereka akan hidup selama-lamanya.

Kewangan itu penting bukan? Untuk menjalani kehidupan seharian memerlukan wang.Segala-galanya perlukan wang dalam kehidupan kini. Seperti yang disebutkan di atas tadi, Adanya rasa perihatin, tanggungjawab dalam diri ini menyebabkan punya keazaman yang kuat untuk berjaya dalam perniagaan yang bernilai tinggi ini. Impian untuk melangsaikan segala hutang ibu dan bapa, membawa mereka menunaikan haji, membawa mereka melancong dan melihat serta merasai dunia luar. Betapa seronoknya kita apabila dapat melancong ke negara luar. Melihat dari atas kekuasaan Allah...Tapi kita seronok sendirian. Akan lebih gembira apabila dapat membawa kedua ibu dan bapa bersama2.

Yang paling utama juga dapat memberikan wang setiap bulan pada mereka. Tidak perlu mereka bersusah payah lagi seperti dulu. Tapi masih tak mampu lagi...huhuhuk...sedih...saya tak mahu dengar mereka berhutang lagi...tapi masih tak boleh bagi baanyak wang pada mereka. Sekadar sikit2..rm100,rm200...kalau rasa banyak sikit bg rm300...sikitnya hai...Mahu usaha keras untuk langsaikan hutang mereka..




Kami sudah ditemukan jalan untuk menuju kePuncak. Allah ketemukan Kita dengan mereka....Ya Allah....syukurnya....syukur...syukur Alhamdulillah....ada orang yang mahu membantu ketika kita terkapai2 ini.....

Saya tak mahu terlambat....tak mahu trlambat...mahu berjaya cepat...dalam masa yang sama berdoa "Ya Allah...ampunkanla dosa kedua ibu bapa,panjangkanlah umur mereka dan berikan kesihatan yang trbaik agar dapat menikmati, merasai dan mengecapi kejayaan kami bersama2"....Ooohhh....tembok itu sudah pun trbina...lama lagi harus menunggu disamping terpaksa 'berpuasa' dari melakukan perniagaan ini buat sementara waktu.

Bapa terutamanya, selalu sebut2...Adik ipar buat tu tak berjaya2 pun? Saya tanya, siapa dulu yang menceburkan diri dalam perniagaan ini? Saya atau dia? Abah cakap saya. Ya saya sudah sekian lama. Bermula Mac 2003. Saya tahu mana Intan mana kaca. Saya sudah sebati dalam bidang ini, walaupun dulu masa bujang tidak menonjol, tapi masih dalam trek yang sama. Saya makin banyak belajar...kesilapan2 diwaktu usia muda dulu...apa yang tidak dibuat...apa kerja2 yang hanya membuang masa dan tidak mendatangkan hasil...semua sudah faham dan jelas kini.

Apa yang anda fahami?Adakah susahnya perniagaan yang punya value tinggi ini? Sesuatu yang berNILAI Tinggi memang bukan sesenang makan kacang saja. Ia merupakan satu proses pembelajaran. Pembelajaran dari segi pengalaman sangat2 penting. Ilmu yang kita dapat hasil dari pembelajaran melalui pengalaman itula yang harus diguna untuk menjalankan perniagaan ini....Ilmu itulah yang bernilai tinggi. Setelah kita punya ilmu2 ini, ia akan mematangkan anda dalam menguruskan perniagaan. Tidak lupa juga, mesti punya dan pelajari formula untuk berjaya.

Anda akan menjadi seorang pemimpin yang baik sekiranya fahami konsep dan menggunakan ilmu -ilmu itu dalam perjalanan perniagaan ini.Tidak ada perniagaan diluar sana punya konsep seperti ini. Ia lain dari yang lain. Hanya orang yang betul2 memahaminya dan mahu betul2 berjaya akan kekal bertahan dan meneruskan Perniagaan ini.

See U At The Top!!!!

Friday, July 12, 2013

Bertahan

Tajuk utama hari ini adalah BERTAHAN. Sejauh mana ketahanan seseorang dalam menceburi bidang perniagaan ini sangat penting.Siapa yang bertahan sahaja yang akan berjaya. Ia melibatkan satu kesabaran yang sangat tinggi. Dalam perniagaan apa pun di luar sana punyai cabaran dan dugaan yang tersendiri. Kejayaan seseorang individu dalam perniagaan yang diceburi adalah bersandarkan kerajinan dan juga kesabaran dalam menghadapi sebarang bentuk dugaan.

Dalam meniti satu perjalanan perniagaan ini, banyak dugaan yang dihadapi. Suka duka menghadapinya hanya diri sendiri ini saja yang menempuhinya. Setiap rezeki ini datangnya dari Allah. Segala galanya samada satu pertemuan,perpisahan adalah dengan kehendak-Nya.

Teringat kisah dan detik-detik pertemuan dengan seseorang yang memperkenalkan perniagaan ini. Hahaha...sudah dimaklumkan,satu perpisahan dan pertemuan sudah ditentukan. Satu perpisahan yang menyedihkan...kisah cinta duniawi...brakhir...bukan bererti berakhirnya satu kehidupan. Malah, ia adalah satu ketentuan....satu permulaan untuk ditemukan dengan pintu rezeki yang akan membawa perubahan besar dalam kehidupan.

Mahu bersiar2 seorang diri ke Mid Valley....terjumpa dengan seseorang yang memperkenalkan dirinya nani. Sungguh baik orang ini. Teringat kembali kisah2 lama dan

itulah detik pertemuan yang membawa kepada tercebur dalam bidang perniagaan 'lubuk emas' ini. Tapi, kini....nani sudah pun membawa haluannya tersendiri. Dimanakah KETAHANAN nani? Tak ada? Maksudnya dia tak akan berjaya? Itu semua sudah tertulis...mana tahu suatu hari Allah akan membuka pintu hatinya semula.

Kembali kepada kisah diri sendiri, bukan saja dalam percintaan ada dugaan, malah dalam perkahwinan juga. Ingatkan indah saja kehidupan...perjalanan hidup lancar...tapi, akan ada sahaja dugaan yang melanda. Yang sudah tertulis. Dulu tak Faham...kenapa?asyik kenapa sahaja pertanyaan...kenapa tuhan memilih kita untuk menghadapi dugaan luar biasa? Kenapa bukan orang lain?

Allah sayangkan anda...Allah tau apa yang berada dalam hati anda....Allah..hanya Allah sahaja tau DREAM BESAR yang ada dalam hati anda....anda adalah orang yang trpilih. Terpilih untuk mencapai satu kejayaan LUAR BIASA. Kejayaan yang tak semua orang akan dapat. Percayalah!

 Iya! tahu....sudah pun dugaan itu ditempuhi dengan sabar...walaupun trsangat - sangat pahit rasanya. Masih lagi berada dalam trek yang betul...masih lagi memegang kuat perniagaan ini. Kerana...dugaan luar biasa itu kerana Allah mahu dan sudah menentukan bahawa seseorang akan berubah dan mahu mengikuti apa yang anda lakukan. Bukankah anda mahukan dia bersama2 agar brsetuju dan memfokuskan bidang perniagaan ini?

Anda masih lagi BERTAHAN bukan? Tapi....bila satu kejayaan itu akan dicapai? Kenapa masih ada lagi dugaan lain pula dihadapi kini? Ohhhh....banyaknya liku2 hidup harus dihadapi untuk mengejar Impian nan satu ini.

Allah sudah menentukan satu lagi pertemuan yang menunjukkan jalan yang betul untuk Mencapai kejayaan yang sememnagnya sudah sekian lama ditunggu...dan sebenarnya yang sangat2 lama diimpikan. Tapi, ingatkan perjalanan kali ini lancar....malah masih ada tembok yang sengaja dibina agar kami tidak akan capai kejayaan.

Kenapa ada saja yang menhalang?...Menghalang satu pintu rezeki yang sebenarnya sudah ditentukan oleh Allah kepada anda. Adakah anda masih bertahan? Iya! MASIH BERTAHAN. Tidak akan sekali2 mengundur ke belakang. Akan ditempuhi jua tembok besar ini kini.
Kenapa mesti ada golongan sedemikian? Allah sudah menentukan setiap pertemuan dan juga perpisahan....Allah tahu...anda seorang yang berhati cekal...Allah jua tahu...anda seorang yang kuat...perjalanan hidup anda sebelum ini terlalu perit untuk dihadapi. Tapi, anda masih teguh berdiri..dan masih meneruskan perjalanan dengan sabar.

Anda masih boleh melakukannya bersendirian....semakin berani anda....semakin banyak rintangan yang anda tempuhi....semakin kuat dan cekal hati untuk teruskan perniagaan.

Adakah tembok ini akan merosakkan jalan untuk anda menuju kearah kejayaan? Tidak!...Tidak sama sekali......Anda masih boleh brjaya. Dan, sudah anda buktikan pun....semakin banyak pula rezeki yang anda dapat sekarang. Syukur...Syukur Alhamdulillah....masih menunggu...adakah tembok itu akan runtuh dengan sendirinya atau terpaksa dirempuhi juga untuk mendapatkan jalan yang lancar disebalik tembok ini nanti.



Tidak mengapa...dugaan ini terlalu kecil berbanding dugaan sebelum ini...yang merupakan dugaan paling dashyat...DUGAAN LUAR BIASA...yang paling penting, anda masih lagi BERTAHAN dalam menanti dan disamping berusaha untuk terus maju dan mencapai ImPIAN YANG BESAR dihadapan


See U At The TOP!!!!



Tuesday, June 18, 2013

SISTEM

Perniagaan yang berjaya bukan bersandarkan siapakah diri anda. Samada status mahupun jawatan. Kejayaan yang paling utama dalam perniagaan ini adalah berdasarkan sejauh mana sistem yang anda pegang itu dapat membawa perubahan pada diri seseorang. Perubahan dari segi sikap, dan juga kepimpinan yang akan memajukan diri individu.

Sistem punya pelbagai bentuk. Ia sebenarnya direka sendiri oleh mana-mana organisasi mahupun individu. Tapi, sistem mana yang selalu membawa kejayaan dalam perniagaan ini? Sekiranya kita lihat, sesuatu sistem yang sekian lama digunakan, tetapi ia tidak membawa apa -apa keputusan yang baik, atau membawa kejayaan kepada individu yang mengamalkannya, adakah ia masih harus diamalkan atau digunakan?

Namun, sekiranya ia tidak lagi membawa kejayaan kepada mana- mana individu yang mengamalkannya, kenapa masih ada yang tidak mahu mencipta sesuatu sistem baru ataupun membuat kajian terhadap sistem itu yang sememangnya sudah tidak boleh lagi dipakai untuk waktu dan ketika zaman semakin maju dan berubah ini? Sesuatu kelemahan dalam sistem itu patut diambilberat...difikirkan dan patut ditukar. Ini supaya, individu tidak membuang masa yang terlalu lama untuk terus maju dalam perniagaannya.

Sudah semestinya ada satu sistem yang boleh membawa kejayaan. Sistem bagaimanakah itu? Segala- galanya adalah rezeki dari Tuhan Yang Maha Esa. Sekiranya dibuat penilaiaan...dikaji...dan diambilkira dari pelbagai aspek, memang ada sistem yang terbaik dan boleh membawa kejayaan kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Kejayaan akan dicapai sekiranya kita menjadi pengikut setia terhadap sistem ini. Mengikut      sahaja sistem yang sememangnya telah membawa kejayaan. Ini adalah satu Formula ke arah kejayaan. Pembelajaran yang disusuli dengan sikap tanpa putus asa akan membawa kejayaan dalam perniagaan yang merupakan Lubuk Emas ini.


See You At The TOP!!!!

Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange