FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Tuesday, June 18, 2013

SISTEM

Perniagaan yang berjaya bukan bersandarkan siapakah diri anda. Samada status mahupun jawatan. Kejayaan yang paling utama dalam perniagaan ini adalah berdasarkan sejauh mana sistem yang anda pegang itu dapat membawa perubahan pada diri seseorang. Perubahan dari segi sikap, dan juga kepimpinan yang akan memajukan diri individu.

Sistem punya pelbagai bentuk. Ia sebenarnya direka sendiri oleh mana-mana organisasi mahupun individu. Tapi, sistem mana yang selalu membawa kejayaan dalam perniagaan ini? Sekiranya kita lihat, sesuatu sistem yang sekian lama digunakan, tetapi ia tidak membawa apa -apa keputusan yang baik, atau membawa kejayaan kepada individu yang mengamalkannya, adakah ia masih harus diamalkan atau digunakan?

Namun, sekiranya ia tidak lagi membawa kejayaan kepada mana- mana individu yang mengamalkannya, kenapa masih ada yang tidak mahu mencipta sesuatu sistem baru ataupun membuat kajian terhadap sistem itu yang sememangnya sudah tidak boleh lagi dipakai untuk waktu dan ketika zaman semakin maju dan berubah ini? Sesuatu kelemahan dalam sistem itu patut diambilberat...difikirkan dan patut ditukar. Ini supaya, individu tidak membuang masa yang terlalu lama untuk terus maju dalam perniagaannya.

Sudah semestinya ada satu sistem yang boleh membawa kejayaan. Sistem bagaimanakah itu? Segala- galanya adalah rezeki dari Tuhan Yang Maha Esa. Sekiranya dibuat penilaiaan...dikaji...dan diambilkira dari pelbagai aspek, memang ada sistem yang terbaik dan boleh membawa kejayaan kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Kejayaan akan dicapai sekiranya kita menjadi pengikut setia terhadap sistem ini. Mengikut      sahaja sistem yang sememangnya telah membawa kejayaan. Ini adalah satu Formula ke arah kejayaan. Pembelajaran yang disusuli dengan sikap tanpa putus asa akan membawa kejayaan dalam perniagaan yang merupakan Lubuk Emas ini.


See You At The TOP!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange