FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Sunday, July 18, 2010

Disebalik ‘ Meniru”


Kebanyakan dari kalangan manusia, kebolehan yang dianugerahkan oleh-Nya adalah berbeza-beza. Ia akan membezakan antara satu sama lain. Contohnya, seorang pelakon mempunyai kebolehan ‘berlakon’. Tidak semua orang mempunyai kebolehan tersebut. Kebolehan menyanyi juga adalah kerana anugerah ‘suara’ kepada mereka…Tidak semua orang boleh menyanyi. Juga melukis. Hanya seseorang yang mempunyai bakat itu sahaja yang akan menjadi Pelukis.
Tapi tahukah anda bahawa satu bakat yang semulajadi yang semua orang selalu lakukan dan tanpa disedari memang semua orang mempunyai bakat ini iaitu ‘MENIRU’? Tahukah anda yang kita dilahirkan dan kita memulakan hidup ini dengan perbuatan ‘MENIRU’ ini?
Contohnya di sini...sejak lahir..semasa peringkat bayi lagi...kita membesar dengan meniru percakapan dan perbuatan orang disekeliling kita. Apabila menyebut perkataan, kita meniru percakapan ibu bapa kita. Yang paling utama di sini, Saya sendiri mempunyai Seorang anak perempuan. Ok..apabila dia menangis, menangis yang tanpa henti...suami saya akan mengambil rotan sambil memukul lantai dan mengatakan ‘diam!diam!’.
Rotan ini memang tersedia di rumah dan diletakkan tempat yang tinggi. Ia hanya untuk menakutkan dia sahaja supaya senyap dari menangis.
Tiba-tiba, ada satu hari kami tak perasan yang rotan itu berada ditangan anak sulung kami. Sambil memukul rotan ke lantai, dia menyebut ‘diam!diam!’. Sebijik seperti apa yang papanya buat. Oleh itu..kalau melihat kepada perbuatan anak kita, kebanyakkan perbuatan mereka adalah meniru perbuatan ibu bapa sendiri atau orang-orang dipersekitarannya juga seperti guru taska dan rakan-rakan mereka.
Berbeza dengan orang-orang dewasa, kebanyakkan dari kita memang dididik dan mempelajari ilmu pendidikan di sekolah untuk persediaan bagi mengharungi alam pekerjaan. Jarang dan terlalu kecil golongan ibu bapa yang mempunyai pemikiran dan dorongan agar anak-anak mereka belajar tinggi-tinggi supaya melakukan sesuatu perniagaan. Oleh itu, sememangnya kita sejak azali lagi meniru perbuatan dan kelakuan orang yang berada disekeliling kita. Meniru mereka belajar tinggi-tinggi untuk bekerja makan gaji.
Kemahiran meniru memang sudah kita mahir. Cuma, kita tidak diajar meniru cara-cara orang kaya berfikir. Kita tidak dididik untuk meniru perbuatan orang-orang kaya melakukan suatu perniagaan sehingga berjaya.
Namun begitu, tiada seorang pun golongan kaya ini akan mengajar orang lain yang tidak dikenali untuk meniru jejak mereka dalam mencapai kejayaan perniagaan seperti mereka. Mereka akan mengajar anak sendiri sahaja agar dapat mengambil alih perniagaan itu kelak. Tetapi, harus diingat...bukan semua perniagaan konvensional yang diambil alih itu akan berjaya seperti sebelumnya. Sekiranya pengurusan tidak cekap, perniagaan itu tidak akan berjalan lancar dan maju seperti sebelumnya.
Ada satu sahaja perniagaan oleh Satu Syarikat yang memang khas untuk semua orang menggunakan perbuatan ‘Meniru’ untuk berjaya. Ia adalah satu perniagaan yang sangat dan paling bagus di abad ke 20 lagi. Malah, ia boleh dilakukan sehingga ke peringkat International. Bukan cakap-cakap kosong semata-mata. Kerana Ia telah terbukti hebat dan seluruh Dunia telah banyak yang Berjaya dalam perniagaan ini. Menjadi Mellionare.
Malangnya, disebabkan ajaibnya plan pemasaran seperti ini, ia menjadikan sebanyak 700 syarikat yang baru ditubuhkan semata-mata untuk meniru plan pemasaran Syarikat Ulung tersebut. Adakah anda akan memerhatikan sahaja melihat orang lain Berjaya dalam perniagaan ini? Atau anda mengikut jalan yang salah iaitu melakukan perniagaan dengan syarikat-syarikat baru yang belum tentu jaminan mereka itu?
Itu la yang saya mahu ceritakan di sini…satu kajian terhadap Caterpillar…sejenis ulat yang memang mempunyai sikap meniru yang paling baik. Ulat ini mempunyai kebolehan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan cara berarak. Ulat ini pakar dalam meniru ulat yang lain. Mereka akan mengikut sahaja dan ia mampu bergerak berbatu jauhnya.
Seorang ahli sains Perancis melakukan satu kajian terhadap ketahanan ulat ini dalam “mengikut ketuanya”. Seekor ulat ini telah diletakkan di bibir pasu yang besar. Pasu ini telah diisi penuh dengan daun-daun kesukaan mereka dan air secukupnya. Kemudian, diletakkan beberapa ekor ulat ini lagi dibelakang ulat yang pertama. Apa yang terjadi...ulat2 lain hanya mengikut sahaja ulat pertama berpusing dan tanpa berhenti mengikut bibir pasu tersebut. Ia berterusan sehingga berjam-jam...berhari-hari.
Makanan dan air hanya berada beberapa inci sahaja dari mereka. Oleh kerana ketaatan mereka itu, tidak seekor pun ulat yang lari dari ketuanya. Akhirnya....selama tujuh hari tanpa henti, kesemua ulat ini telah mati kerana keletihan dan lapar.
Manusia sebenarnya mempunyai sikap seperti ulat ini. Tabiat ‘taat mengikut’ dan pandai meniru sememangnya dimiliki sejak lahir lagi. Bezanya..kita mempunyai kemampuan boleh berfikir. Oleh kerana akal fikiran yang kita ada ini lah, kita boleh memilih untuk meniru sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Larilah dan keluarlah dari kelompok pergaulan yang biasa anda lakukan selama ini. Iaitu berpegang kepada kaedah atau sistem yang menuju ke arah ‘berhutang’ atau terpaksa bergantung kepada orang lain. Anda perlu rasa TAKUT tergolong dikalangan 95% manusia di dunia ini yang papa kedana atau apabila tua terpaksa bergantung kepada anak-anak, pertubuhan kebajikan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Apabila tua, anda terpaksa mengharungi taraf hidup yang rendah dan bersara dengan pencen yang setaraf dengan pendapatn orang miskin. Sedangkan anda sebenarnya mempunyai kebolehan untuk anda berada dalam golongan lebih tinggi taraf Hidup.
Anda perlu RASA TAKUT kerana Impian anda akan hancur dan kehidupan terpaksa disesuaikan dengan gaji yang ada, memandangkan anda memilih untuk meniru rancangan yang menyebabkan anda jadi begitu.
Wahai Manusia, sedarlah...JANGAN SEKALI-KALI biarkan orang yang bersikap negatif disekeliling anda menghancurkan Impian anda!!!!! Orang negatif ini adalah seperti Ulat Caterpillar ini. Mereka hanya mahukan orang lain meniru kaedah yang mereka amalkan selama ini. Keadaan ini akan berterusan mengikut pusingan yang sama saja dan akan berterusan sehingga ke anak cucu kerana pemikiran sebegini tidak akan berubah selagi anda tidak mengubahnya. 


 See u at the top!



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange