FORMULA KEJAYAAN!!!

Having a STRONG DREAM or GOAL is such an important ingredient to SUCCESS!!!
Impian + Keinginan + Tindakan = KEJAYAAN (KEKAYAAN)"Ricky Eng Tong Kok"

Flashwidgetz

This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.

Thursday, August 18, 2011

Berfikiran Positif

Pemikiran yang positif akan menjadikan tindakan yang positif juga. Berbanding dengan pemikiran negatif...apabila memikirkan sesuatu yang negatif...emosi akan menjadi negatif...tindakan akan negatif...dan ini akan mewujudkan situasi yang negatif....Pemikiran yang negatif....kebanyakkanya berpunca dari persekitaran...situasi atau sesuatu peristiwa yang terjadi pada seseorang....

Disebabkan peristiwa atau kejadian yang pernah dilalui...menjadikan pemikiran seseorang itu terdorong ke arah negatif....akan memikirkan..."kenapala terjadi begini....bukan begitu".....apa yang dikehendaki lain pula yang terjadi......Contohnya...apabila seseorang individu....remaja...dilahirkan dari keluarga susah.....pemikiran....kenapa aku dilahirkan dari keluarga yang susah?....makan tidak mewah...rumah tidak selesa.....apa tindakan mereka?...keluar....bergaul dengan rakan2 yang tidak baik....merempit....terlibat dengan najis dadah....ini semua berpunca dari pemikiran yang negatif tadi...

Banyak lagi situasi dan peristiwa yang negatif....Dalam kehidupan seharian kita......terlalu banyak..hanya kita sendiri yang boleh memikirkan baik dan buruknya....serta tindakan apa yang patut dilakukan untuk menghindari dari berfikiran negatif......Kita juga mesti menyedarkan diri sendiri agar tidak dibelenggu dan diselubungi dengan pemikiran yang negatif ini....

Kita mesti memikirkan sesuatu yang menyeronokkan...dan menggembirakan. Lupakan sesuatu yang menyedihkan dan yang menyakitkan hati itu.....LUPAKAN!!!....

Apabila kita lupakan....kita akan menjadi lebih ceria dan gembira. Cuba bergaul dengan mereka yang baik dan positif. Gunakan Power Of Spoken Word!!!....Ucapkan Tahniah...terhadap kejayaan orang lain...Ambil Kejayaan orang lain sebagai sesuatu motivasi untuk anda juga berjaya seperti mereka.....Bersyukurlah selalu terhadap apa-apa saja yang telah terjadi....

Belajarlah dari kesilapan yang lepas,........kadang2 apa yang kita tidak suka itulah yang akan terjadi....Sekiranya anda mempunyai kepercayaan yang kuat untuk anda berjaya.....maka, kepercayaan itu akan menjadikan sesuatu itu terjadi...Sesuatu itu akan terjadi apabila anda mempunyai satu 'KEPERCAYAAN' yang kuat.

Mendengar dan membaca adalah sesuatu perkara yang berbeza - beza. Kita akan susah untuk mengingati sesuatu yang kita dengar. Tapi, kita akan mudah mengingati sesuatu yang kita lihat. Kita boleh melepaskan diri sendiri dari halangan atau sesuatu yang negatif untuk mencapai kegembiraan dan kejayaan.

Kita tidak boleh mengubah perkara-perkara yang lepas, tetapi kita boleh memandang kedepan kerana kita boleh mengubah perangai @ sikap dari negatif kepada yang positif.

Dalam pekerjaan...Anda Suka hari ISNIN?...siapa dikalangan kita yang suka hari Isnin...hari pertama selepas bercuti untuk mula bekerja? Seseorang yang bekerja, tetapi tidak suka dengan pekerjaannya, hanya semata-mata untuk duit...maka, ia tidak akan menceriakan dan orang itu tidak jumpa keseronokan dalam hidupnya.....Tetapi, anda boleh BERUBAH! jika MAHU!!....

Bagi mereka yang bekerja...cuba lupakan kesesakan jalan raya yang akan anda hadapi nanti.....ubahlah, bangun pagi 10 minit lebih awal dari biasa..... setkan pemikiran kepada lebih positif....pertama...cuba mendengar tape...atau cd...atau siaran radio yang happy - happy....supaya anda lebih bersemangat. Pilih dan memakai pakaian yang anda suka...warna yang lebih ceria....

Bila terjumpa dengan orang...atau rakan serumah...atau keluarga dalam rumah...mulakan dengan senyuman...Memahami perhubungan kita dengan orang lain...mulakan juga senyuman apabila sampai di pejabat.

Berdasarkan pengalaman2 yang lepas....pilih hanya pengalaman yang baik sahaja untuk anda berubah....berubah menjadi lebih baik dan lebih berjaya. Kita mesti mempunyai peningkatan dalam kehidupan...peningkatan tahap pemikiran yang baik dan positif akan mewujudkan kejayaan..peningkatan..dan kecemerlangan dalam Hidup!


See U At The Top!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Coretan

Link Exchange